05:00 am. Jam berdering. Aku bingkas bangun dengan malasnya. Masih awal, sambung tidur mesti best ni. Sekali lagi jam berbunyi nak je aku hempuk. Aku rasa tidur sekejap je, tengok-tengok sudah pukul 06:47 am. Oh tidak! Bergegas mandi pon tak guna.
07:00 am. Tik! tik! tik! 03-7xxx xxxx....adeh! apsal tak berjawab ini. Sibuk sangat ke. Menunggu penuh sabar akhirnya ada yang menjawabnya. 'Hello, ya 'hobbit' apa pasal ini?' Hello bos hari ini aku medical leave lol! Lambat bangun dan sakit perut. Tuttttt.........
07:15 am Settle! Ini semua gara-gara asyik melepak sampai ke tengah pagi. Semalam memang tak dinafikan pukul 3 pagi aku baru balik melayan kerenah member-member aku. Itu pon selamat aku bersuara kalau tidak sampai ke subuh la jawabnya.
16:00 pm. Perut aku semakin meragam. Akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi 'mesin beroperasi' dalam perut ini. Memang faktanya aku seorang yang malas makan hanya suka minum air. Alangkah indahnya kalau ada yang tolong suapkan. Tapi sayang I'm alone. Single is more better!
17:00 pm. Setelah bergegas mandi aku terus ke klinik. 'Hobbit' tolong baring atas katil doktor hendak check sekejap.' Naik meremang bulu roma aku. Niat aku sebelum tadi macam termakbul je. Aku pon baring. Di tekannya perut aku.Nervous! Kamu ini relax la. Jangan panik ok. Doktor nak check sikit je. Aku pon dengan badan berotot machonya terus menyelak baju. Dah la cun doktor perempuan muda tu. Tergoda aku!
17:15 pm. 'Hobbit' kamu ini makan apa semalam? Perut dah banyak angin ini. Ini doktor senaraikan ubat-ubat kamu.Terima kasih doktor. Hendak no fon boleh? ''Hobbit' datang sini. Meh sini doktor nak bagi nombor.' Tengok je jarum aku terus lari keluar pergi kaunter. haha.
17:30 pm Ini makan sehari sekali ok.Selepas makan jangan perut kosong. Jangan lebih-lebih. Wow! banyaknya. Ubat angin, diarrhea, tahan sakit, headache, sakit perut. Sakitkah aku?
18:00 pm Pergi maple Seksyen 2 dari jauh aku dari Petaling Jaya terus ke Wangsa Maju. Terlupa time ini orang tengah balik kerja. Traffic jammed! Maple nasi lemak ayam nasi tambah pastu kasi milo ais air suam.
Dengan lahap aku terus makan. Tetiba teringat ubat yang baru di ambil tadi.
18:00 pm Selesai makan. Dengan ubat penuh ditangan aku terus makan satu persatu. Sekeliling beberapa orang pandang slack je. Hendak je aku lempang. Ingat aku ambik dadah ke, tak pernah tengok orang makan ubat. Mengeluh sekejap. Bayar terus cau!
21:00 pm Baring! Termenung tersenyum sendirian...Damn bored today!
No comments:
Post a Comment