EPL - Chelsea vs Birmingham City

Kekalahan Chelsea 0-1 terhadap Birmingham City merupakan kali ketiga berturut-turut selepas kekalahan kepada Liverpool dan Sunderland.


Bagi Carlo Ancelotti walaupun pasukannya bermain sebaik mungkin, namun mungkin kurang bernasib baik dan nasib tidak menyebelahi pasukannya. Statistik menunjukkan penguasaan serta kawalan bola oleh pemain Chelsea hampir menguasai 60 peratus permainan.

statistik perlawanan

Walaupun banyak percubaan yang menarik di lakukan tetapi ia tidak menjamin kemenangan terhadap Chelsea yang kebuntuan untuk menjaringkan gol.

Penjaga gol Birmingham City, Ben Foster merupakan dalang dan player of the match kerana banyak menafikan percubaan-percubaan berbahaya yang di lakukan oleh pemain Chelsea.

Sungguhpun kalah Chelsea masih merupakan peneraju liga dengan mata yang sama dengan Manchester United dan hanya di pisahkan jumlah perbezaan gol.

Bagi peminat setia Chelsea permainan yang menarik dan semangat juang yang di tunjukkan membuatkan penonton berasa puashati. Enjoy! Biasalah kalah menang adat permainan.

Tetapi untuk beberapa pemain Chelsea yang berada di bangku simpanan akibat kecederaan pula, kemungkinan ini senarionya,






credit to : chelseafc , thefirstpost

No comments:

Post a Comment