Banjir di Kedah
Banjir di Kedah baru-baru ini merupakan yang terburuk dalam sejarah negeri Kedah sejak 2005. Walaupun tidak banyak nyawa terkorban tapi kemusnahan harta benda memang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kehidupan rakyat negeri Kedah terutama yang berpendapatan rendah selepas ini.
Hampir seminggu air banjir melimpah tidak surut-surut di beberapa daerah seperti Kota Setar, Kubang Pasu dan beberapa daerah lain di mana angka jumlah mangsa yang di pindahkan terus meningkat dari masa ke masa. Perhubungan darat hampir terus terputus di kebanyakan kawasan.
Setelah beberapa panggilan di buat terhadap mangsa-mangsa banjir seperti saudara mara dan rakan-rakan, aku berasa amat sedih sekali kerana banyak keluhan di terima. Tapi sebagai manusia kita perlulah redha dengan keadaan yang berlaku. Bencana alam yang terjadi mungkin ada hikmahnya.
Dalam keadaan yang tidak terurus dan kelam-kabut terdapat beberapa point tidak sepatutnya terjadi. Secara umum semua orang tahu bagaimana keadaan politik di negara kita, 1Malaysia.
Walaupun sibuk menolong mangsa banjir boleh lagi 'semua pati-parti cap ayam hutan' ini bergaduh saling tuding menuding satu sama lain. Kerajaan negeri salahkan kerajaan pusat tidak beri bantuan pastu kerajaan pusat beri bantuan mesti ada publisiti. Kena umum bagi semua orang tahu. Adeh! Susah benar kalau hendak buat kerja dengan ikhlas kan? Akhirnya, mangsa-mangsa banjir yang jadi mangsa tidak dapat bantuan yang sepatutnya.
Dalam keadaan seperti ini tidak kira sesiapa pun kita seharusnya perlu bekerjasama. Takkan sampai dalam semua hal nak di politikkan. Tidak cukupkah dengan sistem pendidikan, sukan, krisis rumah tangga mahupun kehidupan seharian di politikkan. Wow! 1Malaysia. Nasib baiklah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang berjiwa rakyat turun padang menyelami kesengsaraan mangsa banjir.
Tidak di nafikan kerajaan ini kalau dalam bab kerja memang lembab sikit. Buktinya, bencanaalam website ini susah benar hendak di update dan macam tidak alert langsung dengan keadaan semasa. Baru-baru ini bajet bukan main besar untuk melebarkan jalur lebar, tapi semua kakitangan yang bertanggungjawab pergi melawat mangsa banjir ke sampai tidak sempat bagi maklumat terkini kepada rakyat lain yang lebih prihatin. Kalau melawat menolong sama-sama aku tidak kesah, tapi kalau setakat melawat berposing dua tiga gambar bagi lepas masuk dalam paper, berita televizion hendak buat apa.
Bebalik kepada keadaan realitinya, sesuatu yang berlaku mesti ada sebabnya. Lepas ini bukan sahaja mangsa banjir yang tidak puas hati tetapi makin ramai 'pati-pati ayam' akan jadi hero dan tidak puashati sebab bajet sudah lari.
Walau apa pun aku bersyukur kerana rumah parent aku tidak di tenggelami air. Kepada mangsa-mangsa banjir semoga kamu semua tabah menghadapi dugaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment