Hey! Man - Girl Fall in Love With You



Bagaimana untuk membuatkan perempuan jatuh hati dengan kamu
1 Call si dia setiap hari. Amat mujarab sekali jika di praktikkan selalu dengan niat ikhlas suci .Tetapi awas amalan yang overdos kekadang membuatkan diri kamu sendiri serta orang lain naik menyampah mendengar, melayan dan melihatnya.
2 Selalu ketawa dengan jokes yang di buat si dia. Tidak salah hipokrit walaupun sesuatu benda yang di buat atau dilakukan pada hakikatnya tidak selawak mana pon. Dan rasanya kalau bagi pelempang lagi bagus.
3 Bercakap benar dengan penuh perasaan dan berjiwa raga. Beritahu bahawa kamu selalu ingin bersama-sama di sampingnya selalu. Kalau boleh sampai ke kelas ingin bersebelahan jika seorang pelajar atau di dalam ofis bagi yang berkerjaya. Beritahulah bahawa kamu sentiasa merindui dan mengingatinya.
4 Bawalah sup ayam, sup gearbox tak pon sup tulang jika si dia sakit. Kalau mahu lebih romantik berikan teddy bear. Yang kecil di jual dekat downtown dua 5 ringgit itu pon ok. Asalkan ikhlas. Jika si dia hendak yang besar atau memilih suruh pergi ke kedai beli sendiri.
5 Tuliskan puisi ataupon ayat-ayat manis. Hantarkanlah email atau sms ayat-ayat romantik kepada si dia. Jangan post dekat facebook sebab nanti privacy kamu tergugat. Kesian takut melepas nanti!
6 Berikan bunga tanpa ada alasan. Kalau di tanya just cakap saja-saja bagi. Kalau di paksa juga, cakap saja duit sudah banyak tidak tahu hendak beli apa tadi.
7 Ingatilah hari anniversary kamu dan berikanlah sesuatu yang manis. Perempuan kebanyakkannya suka coklat atau manisan. Tapi jika spesel kes andai kata si dia pregnant tidak cukup bulan, benda masam di kecualikan.
8 Bawalah si dia menghayati pemandangan sunset ataupon melihat bintang di malam hari. Jika tidak sempat kiralah ‘bintang’ sampai kepala kamu berpinar di dalam bilik saja.
9 Beritahulah sesuatu rahsia atau keistimewaan kamu yang orang lain tidak pernah ketahui. Sharing is caring.
10 Jika sudah berkahwin mandilah dan menonton movie ‘berair’ bersama-sama. Tetapi awas bagi yang hanya bercouple-couple jangan sesekali mencuba sebab kamu akan memusnahkan masa depan si dia. Percayalah!
11 Ingatkanlah si dia bahawa dialah satu-satunya perempuan yang cantik pernah kamu kenali dan di cintainya. Ayat mesti mahu manis. Sampai cair.
12  Sesekali bawalah si dia dinner di bawah candle light. Kalau hari-hari dekat mamak saja mestilah berang si dia. Sampai boleh kenal nama mamak kedai tu apa kes?
13 Beritahulah bahawa anda amat menyayangi si dia. Panggillah dengan panggilan manja seperti honey, sweetie, baby, dear, poohbear, sugarpie, darling, angel dan sebagainya. Tetapi janganlah panggil ketika kamu berduaan di tempat awam. Hendak termuntah mendengarnya. Cover-coverlah sikit.
14 Jangan lupa betapa banyaknya makna kepentingan dan kebahagiaan si dia kepada kamu. Bak tempelak cerita movie melayu lama lautan laut sanggup ku redah, lautan bara api boleh buat modal party barbeque.
Segala tip-tip dan panduan yang di berikan adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri melihat dan menghayati gelagat pasangan member-member mahupun couple-couple di luar sana.
Kajian terhadap kucing liar di rumah Pak Sam terbukti berkesan menggunakan kaedah yang diberikan.


Selamat mencuba.


credit pic : google

2 comments:

  1. (bahaye gmbr tu,, hahhaa)

    tul jugak tu,,but setengah guy just dont wanna do it :P ,, ego kot,, yeke ego.. or else dia just pretending like u..

    ReplyDelete