Restoran Spongebob?

Red Sea Star adalah restoran yang terletak di bawah air dan satu-satunya di dunia. Restoran yang terletak di kedalaman 5 meter dalam laut di Utara pantai Eilat, Israel ini dapat menampung 105 orang pengunjung pada satu-satu masa.

Ia menyediakan pelbagai hidangan exotic, bar, taman coral serta tempat untuk berjoget-joget.

Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan yang indah seperti view pergunungan Edom semasa menjamu selera.

Tambah pula, jika disana kamu dapat menikmati suasana seakan-akan dunia fantasi Spongebob Squarepants.

Kalau nasib baik, kamu juga boleh menikmati hidangan istimewa crabby patty En.Crab dan berjenaka bersama Squidward serta gila remaja dengan Patrick.

Cuma kalau hendak keluar pusing-pusing keadaan sekeliling 'Bikini Bottom' perkhidmatan belum di sediakan lagi. Sebabnya Sandy telah bercuti tanpa gaji untuk tempoh yang lama dan tidak dapat di hubungi.
















credit to : redseastar

3 comments: