Sejak dua menjak ini perubahan iklim cuaca dan persekitaran yang tercemar membuatkan kesihatan aku terganggu. Demam selesema tidak juga baik. Setiap malam kalau tidur mesti terjaga di tengah-tengah pagi. huh~
Aku semakin tiada selera untuk makan makanan rutin seharian iaitu nasi berlauk paukkan citarasa Meleis. Hari ini, aku pun ingin bertukar citarasa. Makanan apakah yang sedap? Teringat aku dengan pakcik berambut berjanggut putih semasa aku berjalan-jalan di ibu kota semalam.
Seorang diri aku pon terus ke Restoran KFC di Wangsa Maju. Sampai je aku terus order ayam goreng yang kebiasaannya aku lakukan dan mencari port di suatu sudut hujung penjuru meja di sebabkan aku tertarik akan sesuatu.
Sambil makan aku jeling-jeling dan perhatikan sekeliling. Memang hujung minggu KFC ini memang agak sibuk. Lokasi yang strategik untuk berbisnes. Di depan dan di belakang aku masing-masing ada sepasang couple ini. So, aku di tengah-tengah single mingle dengan bertemankan botol sos yang penuh, lebih kurang enam botol agaknya. Tak ingat!
Sejak aku masuk sampai dah nak habis makan aku perhatikan saja couple depan aku ini. Dengan dua laptop di atas meja kerusi sampai empat dua lagi untuk beg laptop dia padahal table tu untuk dua orang je, ketawa sambil saling bertukar-tukar lappy melayari wifi free tidak hiraukan keadaan sekeliling. Sungguh bahagia benak hati aku berkata.
Memandangkan di atas meja dengan hanya ada suku saja krusher kookies 'n kream yang macam sundae tapi tak sedap mana pun kalau tak silap aku dan bekas mungkin cheezy wedges yang sudah kering memang sudah lama couple tu bertapak kat situ.
Di kaunter orang semakin ramai beratur dan table kelihatan penuh sebab salah satu section telah di tutup kerana tempahan birthday party. Kelihatan seorang pasangan makcik pakcik ini terhenguk-henguk mencari table kosong. Kesian aku tengok.
Semakin lama aku duduk situ semakin hati aku membara. Mana tidaknya dengan couple Meleis ini yang aku jangkakan student sebab tidak mampu untuk membeli broadband yang kini semakin murah dan terpaksalah ke restoran-restoran yang sediakan wifi free dan bertenggek berjam-jam. Hey, come on! Restaurant for have a meals not bercengkerama lol! It's public not you're privacy places. You want to love caring horny go to hotel. Ops sorry! you're student maybe go to motel je. 30 bucks per night that's okey. No one bother you!
Aku pon dah bosan tengok couple tu dan terus sambung makan tetiba satu cahaya flash terpancar. Hujan ribut tak ada aku ingatkan kilat ke, tengok-tengok di sebelah tepi aku ada satu group, two girls and two guys. Dua orang awek tu kelihatan cute sekilas pandang. Dengan senyuman yang manis cubit mencubit galak ketawa. Fuh! cair juga aku umur pula dalam belasan tahun.
Tengok pula di sisi dia sorang mamat ini memegang dan tertonjollah sebuah DSLR. Di atas kerusi ada satu beg tu ada cop Nikon. Dengan bangganya tunjukkan gambar-gambar yang telah di capture. Hendak je aku pergi lempang, orang tengah makan ini kot. Poyo gila pakai DSLR dengan keadaan cuaca tengah hari yang terang benderang guna flash. Apa gunanya ISO yang fokusnya untuk mengawal jumlah cahaya masuk, AE-L/AF-L shutter yang ada dalam DSLR tu.
Balik-balik set kepada auto pastu terus dengan bangga tangkap gambar sana-sini. Bodoh-bodoh aku tak la sampai macam tu. Aku suruh bangla jual ikan dekat Chow Kit tu pon dia boleh buat. Kalau dah bengong sangat guna jelah compact camera. Senang dan mudah. Itu pon hendak kena ajar. Sekolah tak habis lagi tapi kerja hendak enjoy je. Pastu result bangang.
Aku pon terus pergi basuh tangan di sinki pastu terus ke port aku balik. Sampai-sampai je terkejut table aku yang bersepah terus kilat berkilauan bersih habis cleaner KFC tu kemaskan. Sudah la air strawberry aku tu belum habis lagi. Setengah lagi kot. Rajin tak kena tempat betul.Ini mesti time briefing etika kerja pergi mengumpat dekat belakang dapur tu. Hendak je aku pergi jumpa manager dia buat compalint tapi nasib baik aku ini baik hati.
Sambil drive on the way balik sampai di persimpangan salah satu traffic light di Wangsa Walk aku terpandang seseorang ingatkan orang gila duduk berehat di tepi jalan. Memang bodoh betul! Tengok-tengok rupanya dekat kaki dia sorang mamat ini dengan ber-roller blake menunggu lampu hijau untuk melintas.
Aku pon terfikir rupa-rupanya aku yang bodoh. Ye tak ye dekat traffic light baik dia duduk daripada berdiri dengan kasut beroda tu. Bahaya! kereta sudah la semua pemandu driver A1. Tak pasal-pasal kena langgar. Dengan selamat mamat tu pon berlintas. Tapi kenapa time tengah hari begini...
No comments:
Post a Comment