Dari pengalaman aku, club-club seperti
SYN, DCHL, NATSTAR, FRENCLUB dan seangkatan sedarjat dengannya, yang aku pernah follow event dia memang tidak pernah puas menipu downline yang baru kenal erti duit ni.
Tahun lepas ada beberapa ekor member-member aku ajak join event-event diorang. Memang happening. Aku follow je sebab dapat makan
free dan bersuka ria. Benda sponsor ni memang aku pantang sikit kalau di ajak. Lastly, time dia buka plan baru aku tau rupanya
MLM terus aku bengang. Dari azali aku memang
fuck MLM ni.
Persoalan
kefuckiran yang sering diajukan
1. Aku bukan apa nak tolong member-member yang susah. Hidup tak ada perubahan. Sampai bila nak jadi macam ni?
2. Cuba kau tengok kereta tu. Tak teringin nak sambar satu ke? Tak bangga ke bukan senang orang Melayu nak pakai kereta mewah macam tu. Owner tu baru umur 21 beb. Muda lagi kan.
3. Kau kerja hari-hari pergi pagi balik malam tak letih ke? Hari-hari benda yang sama. Kalau kau join club ni tak payah risau duit tetap masuk pastu enjoy je. Kepala pon tak pening.
4. Kau tak ada member yang kerja kerajaan ke? Kita ramai-ramai buat bisnes ni bantu sama sendiri. Baru la semua boleh kaya.
5. Bisnes ni untuk long-term bro. Kau tak tau apa akan jadi 5-10 tahun akan datang. Kalau kau join bisnes ini sekurang-kurangnya ada la saving nanti.
6. Kau tengok aku pakai barang berjenama. Ni belt LuisVuitton ori bro. Kita ada panel kau boleh custom made semua barang kau sendiri. Baju, seluar semua personal goods. Kalau kau kerja makan gaji mana boleh merasa semua ni kan?
7. Kau gaji sebulan berapa? Monthly berapa kau bagi kat parents kau? Aku kalau tiga empat ratus memang tak lari la.
8. Selalu kau makan dengan member-member je. Hari-hari orang yang sama tak jemu ke? Kau join bisnes ni dah la happening boleh makan kat tempat-tempat mewah pula tu. Sosial dengan ahli baru.
9. Dekat luar sana bukan senang nak jumpa bisnes macam ini. Yang bagi pulangan lumayan. Tak payah susah-susah. Hari-hari income masuk. Masyuk!
10. Terpulanglah kepada kau aku bagi peluang je. Tak paksa pon kau join. Terpulang lah!
Jawapan
keharmoniaan yang aku berikan
1. Siapa yang nak hidup susah? Aku kalau boleh nak berjaya dalam hidup. Ubah kehidupan aku bukannya dah puas dengan apa yang aku kecapi sekarang. Tapi memandangkan aku student lagi tahun lepas so bersabarlah sekejap. Kalau ada rezeki dengan usaha aku tak kemana.
At least, aku dah habiskan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Mak bapak aku nak sangat aku masuk uni pastu kerja baik-baik. Kau still tak habiskan lagi pengajian kan? Orang suruh study tapi sibuk berfoya-foya time malam. Kesian parent kat rumah tu. Mengharapkan anaknya yang langsung tidak boleh di harapkan.
2. Aku tak teringin kereta-kereta besar ni. Kalau boleh aku nak beli MPV je. Senang sikit untuk long-term kalau ada anak. Bukan apa kereta sport kalau setakat duduk dua orang je buat apa. Aku balik kampung takkan nak bagi parent aku duduk dalam bonet. Tu pon kalau yang jenis ada bonet la. Insuran dah la mahal Kalau duduk dekat Malaysia tak berbaloi pon. Baik duit tax tu aku sedekahkan je. Mungkin kalau hendak menunjuk-nunjuk tarik downline memang berbaloi. Kasi berpinar mata-mata diorang. Kalau aku berminat pon tunggu aku stay kat overseas baru pakai kereta-kereta sport ni. Harga berbaloi. Kualiti terjamin.
3. Aku happy buat kerja aku sekarang ini. Penat tolak tepi yang penting kepuasaan kerja. Apa guna income hari-hari masuk tapi atas penderitaan orang lain. Orang lain maki hamun di belakang kita. Sampai bila kau boleh bertahan? Melainkan kau muka tembok tak tahu malu asalkan ada lubang income main sebat je. Lepas tu berbangga-bangga sambil sembang di kedai mamak. Aku tak pening kepala pon cuma
maple tu yang pening kot. Lepak tiga empat jam order segelas air je buat modal nak brainwash mangsa baru. Kau happy ke kalau macam tu?
4. Ramai juga member-member aku kerja kerajaan. Tapi kalau kau nak minta nombor contact ke jangan berharap sangat. Aku tak nak member aku hidup tersiksa sampai ke tua menanggung hutang. Kau kan suka kalau member-member berhutang nak bela itu
Duke-duke, Marquis-marquis makan dan hidup. Jadi pencacai diorang. Pastu dapat la komisen sikit hasil introduce ahli baru. Lepas tu diorang je yang kaya kau aku tengok tak kemana pon. Eh! terlupa hari tu aku ada jumpa kau dekat Jusco tengah lipat-lipat baju, kemas-kemas pakaian. Dah lupa ke? Memang kau ini spesis bebal sebab tu senang di tipu.
5. Memang la long-term. Tapi bagi malau-malaun dekat atas tu. Kau kalau tak dapat ahli baru adakah 5-10 tahun boleh bertahan? Ini baru 4-5 bulan dah gelabah tahap anjing. Dok rojer member-member lama nak pinjam duit tanya ada kerja kosong ke tak? Apa kes bro? Income kalau masuk cepat bankrap pon cepat kan.
6. Peduli apa aku dengan barang berjenama tu. Tak berjenama pon boleh
stailo apa. Custom made sendiri pon guna duit yang kau labur masa mula-mula join tu dulu. Pusing-pusing semua guna duit kau je. Cuma kau tu tak sedar-sedar di tipu di sepak macam bola. Ikut je apa orang kata. Sikit tak ada pendirian nak buat keputusan sendiri.
7. Kau nak bagi 5 ribu dekat parent kau pon apa ada kena mengena dengan aku. Bukannya aku ada share pon. Kalau bagi banyak kau percent dekat aku sikit tak pe la juga. Kalau sembang mengelabah tap payah la. Buktikan dulu baru nak cerita. Aku bagi duit dekat parent aku walaupun sikit diorang bukan nak terima sangat. Cukuplah kalau contact bertanya khabar. Kalau bagi pon janji ikhlas besar manfaatnya bro. Dalam fon kau tu pon penuh dengan nombor malaun-malaun je. Entah ingat ke tak orang tua kat rumah tu. Sibuk je dari malam ke pagi brainwash orang. Sampai baju pon aku tengok hantar dobi. Pemalas betul. Tapi menipu orang rajin pula aku tengok.
8. Aku suka berkawan dengan member-member yang aku kenal. Berkongsi idea, tanya perkembangan terkini takpon bincang isu semasa. Ada juga faedahnya. Kalau ramai-ramai kita tak kenal nak buat apa. Lepas tu semua asyik cerita pasal duit je tak menyampah ke? Mata duitan betul. Mesti kau lahir dekat ceruk hutan. Tak pernah jumpa duit banyak-banyak tu yang dok menunjuk-nunjuk gambar posing dengan duit je. Nak balas dendam balik. Kecik-kecik asyik main daun je. Aku lain, dulu main sing kong dengan syiling, tu yang tak kesah sangat.
9. Senaraikan dekat aku benda apa yang senang dekat dunia ini? Melainkan kau ni memang tak berilmu. Sesuatu yang senang dapat tu la yang akan buat kita derita. Kalau benda susah memang kita akan terasa nikmatnya. Kau kena banyak membaca sirah-sirah nabi, sejarah dunia, tak pon cerita dongeng macam si kancil si kura-kura ke jangan la tekun baca testomoni si malaun-malaun je.
10. Ayat-ayat yang membuatkan telinga aku sudah hilang kekenyalannya. Mula-mula kau ajak aku lepak. Lepas tu pergi event-event bersosial, bagi aku ayat-ayat manis, brainwash aku tapi selamat aku pakai anti-dust kurang bersih otak aku ni kau cuci, kau cerita plan-plan kat aku macam tu kau cakap tak ajak lagi tapi just nak bagi peluang. Tiada paksaan? Kau suruh aku buat loan. Kalau taknak kau suruh aku senaraikan nama-nama contact member aku, pastu kau suruh aku pinjam duit dengan diorang. Tak paksa lagi? Psyho bin bengap betul kau ini.
Dan hakikatnya kalau nak berlawan dengan diorang ini memang membuang masa dan tidak ada faedah langsung. So, senang cerita kalau ubun tu dah rasa keras pandai-pandailah fikir sendiri. Dari kecik parent kau didik besar-besar jadi dajjal. Kesian aku tengok.
Terbaru hangat isu pasal gelang AC Mizal. Malas aku hendak huraikan hakikatnya pusing-pusing benda yang sama juga. Korang boleh baca pasal gelang emas di bawa belayar dari China dekat blog
aididmuaddib lagi
detail. Jangan la baca si
Metro daily punya!