Program Transformasi Ekonomi (ETP)
Selepas pelaksanaan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” agak di terima pakai oleh rakyat, kerajaan sekali lagi memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Secara ringkasnya tempoh 5 tahun menjadi penentu kejayaan program ini. 1Malaysia
Aku malas nak terang secara lanjut tapi persoalannya adakah program ini berjaya? Ya. Aku yakin sememangnya akan berjaya dimana target untuk menjadikan sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Tapi kalau dah semua gaji tinggi-tinggi golongan miskin macam mana, yang bekerja kat kampung, yang toreh getah kecil-kecilan, yang jual besi buruk, yang makan pon tak cukup. Kebanyakan aspek yang ditekankan adalah di bandar dimana tumpuan kepada syarikat-syarikat besar.
Kalau harga barang meningkat, cukai sana sini, taraf ekonomi tinggi, gaya hidup pendapatan tinggi so tidak lagi relevan pada keadaan semasa. Hakikatnya, sama saja. Kalau gaji 4, 5 ribu pon tak cukup. Bayar rumah, kereta, bil-bil, minyak, tol, yang tinggal hutang sekeliling pinggang. Sekarang pon pinjaman-pinjaman macam cendawan tumbuh. Bank pon dah macam lintah darat tapi takde sape nak kacau. Kerajaan tetap memberi sokongan kan. peace!
Zaman Pak Lah dulu pon konsep Islam Had-hari di perkenalkan. Apa keputusannya? Rakyat tak juga kemana. Berpegang juga kepada Islam yang bersifat syumul (universal). Iklan anti-dadah dulu berjuta-juta habis tapi rokok, arak judi tetap bagi lesen operasi. Rasuah tak juga kurang makin bertambah ada la. So kemana had-hari? bungkus buat tukun.
Berbalik kepada ETP kita tengok la apa jadi nanti. Apa guna negara maju tapi ada sesetengah golongan terhimpit untuk terus survive? Ekonomi berkembang tapi tetap jadi boneka.
Mungkin slogan ni lagi tepat "1Malaysia: Sorang je yang kaya, yang lain dibiar sengsara". 1Nation???NWO...link
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment