Sejak dari tahun tertubuhnya facebook sehinggga sekarang (2010), rasanya setiap orang baik orang tua, budak-budak, ahli politik tak pon ustaz-ustaz mesti ada akaun facebook. Tapi dari majoriti ini orang Jepun merupakan golongan yang tak ramai ada akaun facebook walaupun negara yang sosio-ekonominya tinggi. Kenapa?
Tahun 2008 Mark Zuckerberg telah belajar bahasa Jepun dan mencipta satu aplikasi untuk menarik lebih ramai peminat facebook dari negara sakura itu. Keputusannya failed!
Sebabnya mudah, orang Jepun mempunyai jati diri tinggi tak suka aplikasi yang berbahasa Inggeris. Buktinya seperti masa Youtube buat aplikasi bahasa Jepun, berduyun-duyun orang Jepun meng-upload video ke sana.
Dan sebahagian besar orang Jepun memang tak suka dedahkan data atau maklumat peribadi kepada orang lain, tidak suka menonjolkan diri dan lebih suka hidup berkelompok merendah diri.
Kalau dekat Jepun pon dah terlalu banyak aplikasi social network ini (ex. Mixi toplist ). Setakat facebook yang baru nak berkembang ini apa la sangat kan link.
Tapi yang menariknya berbeza di Malaysia semua orang berebut-rebut nak dedahkan identiti diri, kalau pasal gambar kalau boleh nak uploadkan semua album yang sedia ada dalam simpanan. Gambar pula tak bertapis, bagi perempuan bangganya kalau dapat menayang susuk tubuh mengiyurkan.
Sadis!!
No comments:
Post a Comment