Croc-croc vs Senyum Kambing

LOL! Pengaruh penggodam yang berjaya dekat Universiti Harvard, bangsa Yahudi-Amerika Mark Zuckerberg memang hebat. Kat Malaysia pon tak kurangnya hebatnya. Tetapi versi yang sedikit berbeza.

Croc-croc.

  

Pasangan yang sungguh romantik dan sesiapa saja baca mesti sungguh terharu. Ia membuatkan kita semakin erat berkasih sayang, rindu dan seperti tak ingin melepaskan si dia serta ingin bersama-sama setiap detik, setiap, saat setiap waktu.

Kalau betul suka tak perlulah nak post macam ni. Personal lah sikit. Hari-hari mesej, jumpa, caling calling, you f*ck i, i k*ss you tak puas lagi agaknya. Penyakit yang bahaya kalau kerja perlu company sendiri, kalau berumah di hujung pangkal. 'Post: sayang i nak g berak you nak folo tak? jom la...;)'



Tekanan perasaan, di tempat kerja, kawan-kawan, persekitaran sekeliling, keadaan hormon yang tak seimbang membuatkan emosi terjejas kadang-kadang hilang pertimbangan. Setiap manusia perlukan perhatian dan ingin di respect orang lain. Pujilah sesiapa saja dengan ikhlas pasti kita di sukai.

Perlukah menunjukkan protes untuk menarik publisiti yang tak seberapa ni? mengharapkan simpati dari orang lain dengan post kononnya orang lain akan ambil berat. Memang kajian membuktikan luahan perasaan membuatkan kita tenang jika kena pada salurannya. Tapi lebih baik pergi je kaunseling. Kerajaan pon dah habis banyak duit untuk membangun rakyat cemerlang. Apa guna pusat kaunseling negara yang ditubuhkan kalau tidak menjalankan fungsi-fungsinya. 

Tiada guna post ayat-ayat caci makian yang kononnya si polan bersalah dapat baca dan mengetahui isi hati kita yang sedang marah. Ini mungkin marah sebab kena buli kot? bully . 'Post: tolong! sesiapa ada narcoba tak pon heroin ke hah? bak sikit. sikit je. please!'

Senyum Kambing



Silaturrahim amatlah mulia kalau di titikberatkan. Dunia hari ini siapalah yang peduli tentang semua ini, yang penting terus mencari kemewahan, kejayaan yang tak seberapa nilainya. Realitinya jiran rumah pon tak kenal, tak mesra, tak tahu aktiviti harian yang dilakukan. Tiada penafian aku pon sama je juga.

Sepatutnya orang sebegini yang di angkat martabatnya tapi jangan salah faham sebab memang banyak orang sebegini tapi lain part menjalinkan 'dummy-relationship'. So banyaklah tangan-tangan atas bawah kiri kanan depan belakang dan amatlah bahagia poket sudah penuh sebab rasuah. yang ini tak boleh pakai. 
Salute untuk kawan aku yang masih setia berhubung. 'Post: weh nanti kita gathering ramai-ramai. tempat baik punya kita pegi :)'



Perniagaan merupakan penyumbang 90% ekonomi dunia. Dari perniagaanlah kita dapat lebih maju dan lebih berdikari. Teknologi jika di gunakan dengan betul banyak faedahnya bisnes internet pon bersepah sekarang ini. Sebagai contoh seperti post-post facebook ni memang independan habis, risiko pon habis kalau pelanggan tak puas hati.

Kadang-kadang fed-up juga aku asyik kena tagged je naik penuh memori dalam album aku. Aku bukan berminat sangat beli barang online ni baik pergi kedai pilih sendiri lagi puashati dan perasaan. 
Dan kepada peniaga-peniaga internet teruskan usaha anda yang tak seberapa tu. 
Good luck! 'Post: mari-mari beli, promosi murah beli satu derma satu kepada yang tak kemampuan'

Jadi, cukuplah dua tiga contoh trend- trend ahli facebook yang aku rasakan macam budak-budak ini. Akal dangkal macam tak tahu bezakan yang baik buruk yang perlu atau tidak. 

Sosial-sosial juga tapi biarlah kena tahap dan tempatnya, masa kecik dulu kan cikgu sudah pesan kalau besar nanti jadi orang berguna bukan susah pon rukun negara yang kelima tu.



No comments:

Post a Comment