Fuh!

Kepada sesiapa kaki perempuan, masalah sembelit, tak cukup tidur, susah hati gelisah pasti lepas ini ada tempat nak kurangkan tension.

Terbaik!



Sosial Network


Sejak dari tahun tertubuhnya facebook sehinggga sekarang (2010), rasanya setiap orang baik orang tua, budak-budak, ahli politik tak pon ustaz-ustaz mesti ada akaun facebook. Tapi dari majoriti ini orang Jepun merupakan golongan yang tak ramai ada akaun facebook walaupun negara yang sosio-ekonominya tinggi. Kenapa?

Tahun 2008 Mark Zuckerberg telah belajar bahasa Jepun dan mencipta satu aplikasi untuk menarik lebih ramai peminat facebook dari negara sakura itu. Keputusannya failed!

Sebabnya mudah, orang Jepun mempunyai jati diri tinggi tak suka aplikasi yang berbahasa Inggeris. Buktinya seperti masa Youtube buat aplikasi bahasa Jepun, berduyun-duyun orang Jepun meng-upload video ke sana.




Tambahan pula kalau nak join facebook kena isi data-data peribadi yang kemudiannya akan di hubungkan kepada orang-orang yang menjadi kawan kita. Senang cerita proses meng-add kawan berlaku. Berlainan dengan Youtube cuma nama (itupun tak perlu nama betul) dan alamat email.

Dan sebahagian besar orang Jepun memang tak suka dedahkan data atau maklumat peribadi kepada orang lain, tidak suka menonjolkan diri dan lebih suka hidup berkelompok merendah diri. 



Kalau dekat Jepun pon dah terlalu banyak aplikasi social network ini (ex. Mixi toplist ). Setakat facebook yang baru nak berkembang ini apa la sangat kan link.

Tapi yang menariknya berbeza di Malaysia semua orang berebut-rebut nak dedahkan identiti diri, kalau pasal gambar kalau boleh nak uploadkan semua album yang sedia ada dalam simpanan. Gambar pula tak bertapis, bagi perempuan bangganya kalau dapat menayang susuk tubuh mengiyurkan.

Sadis!!

Sungguh kacak!

Hari ini dunia kecantikan tak asing lagi dalam kehidupan seharian tambahan pula kalau sebut pasal perempuan. Produk kecantikan sana-sini bersepah, ada yang betul ada yang di buat untuk keuntungan semata-mata.
Tapi, satu lagi paling best bukan produk kecantikan tapi plastic surgery. Industry ni semakin berkembang pesat dan merupakan jalan mudah untuk cantik. Di Eropah bedah-bedah ini memang biasa je dah macam tak ada apa nak di persoalkan. Bincang dengan doktor, bayar buat appointment pastu bedah. Settle!
Malaysia merupakan salah satu negara yang menawarkan harga yang murah dan munasabah.Tak mustahillah memang perempuan sekarang comel, cantik-cantik belaka. link
Tapi aku lebih prefer kepada natural beauty. Kajian menunjukkan orang asia mempunyai kecantikan semulajadi berbanding Eropah. Tapi sekarang ini susah nak cari perempuan yang betul-betul memahami kita.


boleh tahan!





 kemunculan alien!


Yang mana satu pilihan anda? Terima seadanya kecantikan yang ada ataupun terima risiko lakukan pembedadahan ataupun kesan produk kecantikan.

Kepada sesiapa berminat aku pon boleh buat pembedahan ni kalau nak jadi seperti gambar di atas. Harga boleh di runding dan menambahkan spesis alien di dunia ini.

Tak payah astonaut penat-penat buat kajian lagi pasal planet-planet lain.

Croc-croc vs Senyum Kambing

LOL! Pengaruh penggodam yang berjaya dekat Universiti Harvard, bangsa Yahudi-Amerika Mark Zuckerberg memang hebat. Kat Malaysia pon tak kurangnya hebatnya. Tetapi versi yang sedikit berbeza.

Croc-croc.

  

Pasangan yang sungguh romantik dan sesiapa saja baca mesti sungguh terharu. Ia membuatkan kita semakin erat berkasih sayang, rindu dan seperti tak ingin melepaskan si dia serta ingin bersama-sama setiap detik, setiap, saat setiap waktu.

Kalau betul suka tak perlulah nak post macam ni. Personal lah sikit. Hari-hari mesej, jumpa, caling calling, you f*ck i, i k*ss you tak puas lagi agaknya. Penyakit yang bahaya kalau kerja perlu company sendiri, kalau berumah di hujung pangkal. 'Post: sayang i nak g berak you nak folo tak? jom la...;)'



Tekanan perasaan, di tempat kerja, kawan-kawan, persekitaran sekeliling, keadaan hormon yang tak seimbang membuatkan emosi terjejas kadang-kadang hilang pertimbangan. Setiap manusia perlukan perhatian dan ingin di respect orang lain. Pujilah sesiapa saja dengan ikhlas pasti kita di sukai.

Perlukah menunjukkan protes untuk menarik publisiti yang tak seberapa ni? mengharapkan simpati dari orang lain dengan post kononnya orang lain akan ambil berat. Memang kajian membuktikan luahan perasaan membuatkan kita tenang jika kena pada salurannya. Tapi lebih baik pergi je kaunseling. Kerajaan pon dah habis banyak duit untuk membangun rakyat cemerlang. Apa guna pusat kaunseling negara yang ditubuhkan kalau tidak menjalankan fungsi-fungsinya. 

Tiada guna post ayat-ayat caci makian yang kononnya si polan bersalah dapat baca dan mengetahui isi hati kita yang sedang marah. Ini mungkin marah sebab kena buli kot? bully . 'Post: tolong! sesiapa ada narcoba tak pon heroin ke hah? bak sikit. sikit je. please!'

Senyum Kambing



Silaturrahim amatlah mulia kalau di titikberatkan. Dunia hari ini siapalah yang peduli tentang semua ini, yang penting terus mencari kemewahan, kejayaan yang tak seberapa nilainya. Realitinya jiran rumah pon tak kenal, tak mesra, tak tahu aktiviti harian yang dilakukan. Tiada penafian aku pon sama je juga.

Sepatutnya orang sebegini yang di angkat martabatnya tapi jangan salah faham sebab memang banyak orang sebegini tapi lain part menjalinkan 'dummy-relationship'. So banyaklah tangan-tangan atas bawah kiri kanan depan belakang dan amatlah bahagia poket sudah penuh sebab rasuah. yang ini tak boleh pakai. 
Salute untuk kawan aku yang masih setia berhubung. 'Post: weh nanti kita gathering ramai-ramai. tempat baik punya kita pegi :)'



Perniagaan merupakan penyumbang 90% ekonomi dunia. Dari perniagaanlah kita dapat lebih maju dan lebih berdikari. Teknologi jika di gunakan dengan betul banyak faedahnya bisnes internet pon bersepah sekarang ini. Sebagai contoh seperti post-post facebook ni memang independan habis, risiko pon habis kalau pelanggan tak puas hati.

Kadang-kadang fed-up juga aku asyik kena tagged je naik penuh memori dalam album aku. Aku bukan berminat sangat beli barang online ni baik pergi kedai pilih sendiri lagi puashati dan perasaan. 
Dan kepada peniaga-peniaga internet teruskan usaha anda yang tak seberapa tu. 
Good luck! 'Post: mari-mari beli, promosi murah beli satu derma satu kepada yang tak kemampuan'

Jadi, cukuplah dua tiga contoh trend- trend ahli facebook yang aku rasakan macam budak-budak ini. Akal dangkal macam tak tahu bezakan yang baik buruk yang perlu atau tidak. 

Sosial-sosial juga tapi biarlah kena tahap dan tempatnya, masa kecik dulu kan cikgu sudah pesan kalau besar nanti jadi orang berguna bukan susah pon rukun negara yang kelima tu.



Program Transformasi Ekonomi (ETP)



Selepas pelaksanaan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” agak di terima pakai oleh rakyat, kerajaan sekali lagi memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Secara ringkasnya tempoh 5 tahun menjadi penentu kejayaan program ini. 1Malaysia

Aku malas nak terang secara lanjut tapi persoalannya adakah program ini berjaya? Ya. Aku yakin sememangnya akan berjaya dimana target untuk menjadikan sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Tapi kalau dah semua gaji tinggi-tinggi golongan miskin macam mana, yang bekerja kat kampung, yang toreh getah kecil-kecilan, yang jual besi buruk, yang makan pon tak cukup. Kebanyakan aspek yang ditekankan adalah di bandar dimana tumpuan kepada syarikat-syarikat besar.

Kalau harga barang meningkat, cukai sana sini, taraf ekonomi tinggi, gaya hidup pendapatan tinggi so tidak lagi relevan pada keadaan semasa. Hakikatnya, sama saja. Kalau gaji 4, 5 ribu pon tak cukup. Bayar rumah, kereta, bil-bil, minyak, tol, yang tinggal hutang sekeliling pinggang. Sekarang pon pinjaman-pinjaman macam cendawan tumbuh. Bank pon dah macam lintah darat tapi takde sape nak kacau. Kerajaan tetap memberi sokongan kan. peace!

Zaman Pak Lah dulu pon konsep Islam Had-hari di perkenalkan. Apa keputusannya? Rakyat tak juga kemana. Berpegang juga kepada Islam yang bersifat syumul (universal). Iklan anti-dadah dulu berjuta-juta habis tapi rokok, arak judi tetap bagi lesen operasi. Rasuah tak juga kurang makin bertambah ada la. So kemana had-hari? bungkus buat tukun.

Berbalik kepada ETP kita tengok la apa jadi nanti. Apa guna negara maju tapi ada sesetengah golongan terhimpit untuk terus survive? Ekonomi berkembang tapi tetap jadi boneka.

Mungkin slogan ni lagi tepat "1Malaysia: Sorang je yang kaya, yang lain dibiar sengsara". 1Nation???NWO...link