Asal-usul i-City

Bottle Tree Ranch telah di ideakan oleh Elmer Long yang berasal dari Route di California's Mojave Country. Dia merupakan pengutip botol tegar sejak kecil azali bersama-sama ayahnya.

Setelah kematian ayahnya botol-botol yang bersepah di dalam koleksi beliau telah di biarkan tanpa kegunaan dan di manfaatkan.

Dan di suatu hening pagi yang indah pada tahun 2000 dia telah mendapat idea unik untuk merekacipta pokok-pokok daripada botol. Hasilnya, terhasillah suatu seni kalau dari pandangan orang lain di anggap bodoh dan hanya sampah.

Tapi bagi aku dia memang berfikiran jauh dan kreatif semacam Tun Dr. M.


 pokok yang senang di jaga dan tidak perlu di bajai


semakin hari semakin membesar nilainya


di malam hari semakin tinggi nikmatnya


 Pakcik Elmer Long di samping i-bottlenya


Buktinya, i-City mesti semua orang tahu kan? Tidak asing lagi bagi penduduk yang tinggal di Shah Alam umumnya dan di Malaysia secara amnya.

Tarikan utama i-city dengan plastik-plastik dan berjuta-juta kecerahan lampu LED (Light Emitting Diode) yang bersinaran.

Persamaan dengan Elmer Long Bottle Tree Ranch pula, daya tarikan utamanya adalah semasa di sebelah malam dengan 'pokok maple', 'pine' tak pon 'angsa-angsa' yang di hujani dengan warna-warni cahaya LED.


So, pengajarannya sesiapa pon dari latar belakang apa dan di mana anda berada tidak perlulah mempertikaikan tahap darjat seseorang, profesialism seperti yang ketaranya berlaku kini di mana sahaja.

Mungkinkah arkitek atau jurutera yang mengideakan i-city berprinsipkan dari Elmer Long yang hanya merupakan pengutip botol terbuang? Siapa tahu.

Perbezaan ketaranya pula, i-city hanya membazirkan duit rakyat dengan kos berjuta-juta ringgit walaupun dari sudut pelancongan mempunyai tarikannya sendiri. Di samping untuk menjana ekonomi dari semasa ke semasa, kerana harga tiketnya pon semakin menaik di sebabkan hendak cover kos maintainain lagi. Berbaloikah bayar untuk masuk?


Bagi aku tiada apa yang hendak di banggakan. Hanya lampu LED yang di pasang dan di bentukkan pelbagai bentuk saja dan teknologi yang sudah sedia ada yang di gunakan. Yang menariknya kalau ke sana hanya aksi awek-awek posing menongek gedik dan budak-budak yang kena marah dengan guard sebab tersentuh seni pameran itu.

Berbanding Elmer, tiada pembaziran di lakukan dan mengrecycle semula barang terbuang untuk di angkat menjadi suatu nilai estetika tersendiri.

Kalau macam ini baru boleh support kempen earth-hour. Bagaimanakah kalau di i-city? kempen baru sejam tapi pembazirannya beribu-ribu jam. Apa kes?



credit to : bottletreeman , i-city , flickr



Amazing Hair-Woven

Zhang Dexuan 66 tahun merupakan salah satu artis di dunia yang melakukan seni yang di luar logik pemikiran manusia. Artis dari China ini telah menghasilkan potret hair-woven yang sebesar ibu jari hanya menggunakan helaian-helaian rambut manusia sebagai asas materialnya. Kalau bahasa mudahnya pintal-pintal rambut lepas tu tenun buat art. Sangat mengagumkan!

Kalau helaian rambut seseorang yang secara average 0.7 mm tu pon boleh di buat art bayangkan berapa susahnya proses dan masa yang di ambil untuk menyiapkannya. Memang respect habis.



Proses yang rumit untuk menyiapkan sesuatu seni potret ini memakan tempoh masa yang lama sampai berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. Orang yang sabar je boleh buat benda macam ini.


Salah satu hasil karya terbaik beliau. Monalisa versi hair-woven.


Kalau hari-hari aku macam ni boleh naik juling di buatnya.


Antara peralatan yang di gunakan. Simple tetapi hasilnya memuaskan.


MLM - Angkat Jangan Tak Angkat


Dari pengalaman aku, club-club seperti SYN, DCHL, NATSTAR, FRENCLUB dan seangkatan sedarjat dengannya, yang aku pernah follow event dia memang tidak pernah puas menipu downline yang baru kenal erti duit ni.

Tahun lepas ada beberapa ekor member-member aku ajak join event-event diorang. Memang happening. Aku follow je sebab dapat makan free dan bersuka ria. Benda sponsor ni memang aku pantang sikit kalau di ajak. Lastly, time dia buka plan baru aku tau rupanya MLM terus aku bengang. Dari azali aku memang fuck MLM ni.

Persoalan kefuckiran yang sering diajukan

1. Aku bukan apa nak tolong member-member yang susah. Hidup tak ada perubahan. Sampai bila nak jadi macam ni?
2. Cuba kau tengok kereta tu. Tak teringin nak sambar satu ke? Tak bangga ke bukan senang orang Melayu nak pakai kereta mewah macam tu. Owner tu baru umur 21 beb. Muda lagi kan.
3. Kau kerja hari-hari pergi pagi balik malam tak letih ke? Hari-hari benda yang sama. Kalau kau join club ni tak payah risau duit tetap masuk pastu enjoy je. Kepala pon tak pening.
4. Kau tak ada member yang kerja kerajaan ke? Kita ramai-ramai buat bisnes ni bantu sama sendiri. Baru la semua boleh kaya.
5. Bisnes ni untuk long-term bro. Kau tak tau apa akan jadi 5-10 tahun akan datang. Kalau kau join bisnes ini sekurang-kurangnya ada la saving nanti.
6. Kau tengok aku pakai barang berjenama. Ni belt LuisVuitton ori bro. Kita ada panel kau boleh custom made semua barang kau sendiri. Baju, seluar semua personal goods. Kalau kau kerja makan gaji mana boleh merasa semua ni kan?
7. Kau gaji sebulan berapa? Monthly berapa kau bagi kat parents kau? Aku kalau tiga empat ratus memang tak lari la.
8. Selalu kau makan dengan member-member je. Hari-hari orang yang sama tak jemu ke? Kau join bisnes ni dah la happening boleh makan kat tempat-tempat mewah pula tu. Sosial dengan ahli baru.
9. Dekat luar sana bukan senang nak jumpa bisnes macam ini. Yang bagi pulangan lumayan. Tak payah susah-susah. Hari-hari income masuk. Masyuk!
10. Terpulanglah kepada kau aku bagi peluang je. Tak paksa pon kau join. Terpulang lah!

Jawapan keharmoniaan yang aku berikan

1. Siapa yang nak hidup susah? Aku kalau boleh nak berjaya dalam hidup. Ubah kehidupan aku bukannya dah puas dengan apa yang aku kecapi sekarang. Tapi memandangkan aku student lagi tahun lepas so bersabarlah sekejap. Kalau ada rezeki dengan usaha aku tak kemana. At least, aku dah habiskan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Mak bapak aku nak sangat aku masuk uni pastu kerja baik-baik. Kau still tak habiskan lagi pengajian kan? Orang suruh study tapi sibuk berfoya-foya  time malam. Kesian parent  kat rumah tu. Mengharapkan anaknya yang langsung tidak boleh di harapkan.

2. Aku tak teringin kereta-kereta besar ni. Kalau boleh aku nak beli MPV je. Senang sikit untuk long-term kalau ada anak. Bukan apa kereta sport kalau setakat duduk dua orang je buat apa. Aku balik kampung takkan nak bagi parent aku duduk dalam bonet. Tu pon kalau yang jenis ada bonet la. Insuran dah la mahal Kalau duduk dekat Malaysia tak berbaloi pon. Baik duit tax tu aku sedekahkan je. Mungkin kalau hendak menunjuk-nunjuk tarik downline memang berbaloi. Kasi berpinar mata-mata diorang. Kalau aku berminat pon tunggu aku stay kat overseas baru pakai kereta-kereta sport ni. Harga berbaloi. Kualiti terjamin.

3. Aku happy buat kerja aku sekarang ini. Penat tolak tepi yang penting kepuasaan kerja. Apa guna income hari-hari masuk tapi atas penderitaan orang lain. Orang lain maki hamun di belakang kita. Sampai bila kau boleh bertahan? Melainkan kau muka tembok tak tahu malu asalkan ada lubang income main sebat je. Lepas tu berbangga-bangga sambil sembang di kedai mamak. Aku tak pening kepala pon cuma maple tu yang pening kot. Lepak tiga empat jam order segelas air je buat modal nak brainwash mangsa baru. Kau happy ke kalau macam tu?

4. Ramai juga member-member aku kerja kerajaan. Tapi kalau kau nak minta nombor contact ke jangan berharap sangat. Aku tak nak member aku hidup tersiksa sampai ke tua menanggung hutang. Kau kan suka kalau member-member berhutang nak bela itu Duke-duke, Marquis-marquis makan dan hidup. Jadi pencacai diorang. Pastu dapat la komisen sikit hasil introduce ahli baru. Lepas tu diorang je yang kaya kau aku tengok tak kemana pon. Eh! terlupa hari tu aku ada jumpa kau dekat Jusco tengah lipat-lipat baju, kemas-kemas pakaian. Dah lupa ke? Memang kau ini spesis bebal sebab tu senang di tipu.

5. Memang la long-term. Tapi bagi malau-malaun dekat atas tu. Kau kalau tak dapat ahli baru adakah 5-10 tahun boleh bertahan? Ini baru 4-5 bulan dah gelabah tahap anjing. Dok rojer member-member lama nak pinjam duit tanya ada kerja kosong ke tak? Apa kes bro? Income kalau masuk cepat bankrap pon cepat kan.

6. Peduli apa aku dengan barang berjenama tu. Tak berjenama pon boleh stailo apa. Custom made sendiri pon guna duit yang kau labur masa mula-mula join tu dulu. Pusing-pusing semua guna duit kau je. Cuma kau tu tak sedar-sedar di tipu di sepak macam bola. Ikut je apa orang kata. Sikit tak ada pendirian nak buat keputusan sendiri.

7. Kau nak bagi 5 ribu dekat parent kau pon apa ada kena mengena dengan aku. Bukannya aku ada share pon. Kalau bagi banyak kau percent dekat aku sikit tak pe la juga. Kalau sembang mengelabah tap payah la. Buktikan dulu baru nak cerita. Aku bagi duit dekat parent aku walaupun sikit diorang bukan nak terima sangat. Cukuplah kalau contact bertanya khabar. Kalau bagi pon janji ikhlas besar manfaatnya bro. Dalam fon kau tu pon penuh dengan nombor malaun-malaun je. Entah ingat ke tak orang tua kat rumah tu. Sibuk je dari malam ke pagi brainwash orang. Sampai baju pon aku tengok hantar dobi. Pemalas betul. Tapi menipu orang rajin pula aku tengok.

8. Aku suka berkawan dengan member-member yang aku kenal. Berkongsi idea, tanya perkembangan terkini takpon bincang isu semasa. Ada juga faedahnya. Kalau ramai-ramai kita tak kenal nak buat apa. Lepas tu semua asyik cerita pasal duit je tak menyampah ke? Mata duitan betul. Mesti kau lahir dekat ceruk hutan. Tak pernah jumpa duit banyak-banyak tu yang dok menunjuk-nunjuk gambar posing dengan duit je. Nak balas dendam balik. Kecik-kecik asyik main daun je. Aku lain, dulu main sing kong dengan syiling, tu yang tak kesah sangat.

9. Senaraikan dekat aku benda apa yang senang dekat dunia ini? Melainkan kau ni memang tak berilmu. Sesuatu yang senang dapat tu la yang akan buat kita derita. Kalau benda susah memang kita akan terasa nikmatnya. Kau kena banyak membaca sirah-sirah nabi, sejarah dunia, tak pon cerita dongeng macam si kancil si kura-kura ke jangan la tekun baca testomoni si malaun-malaun je.

10. Ayat-ayat yang membuatkan telinga aku sudah hilang kekenyalannya. Mula-mula kau ajak aku lepak. Lepas tu pergi event-event bersosial, bagi aku ayat-ayat manis, brainwash aku tapi selamat aku pakai anti-dust kurang bersih otak aku ni  kau cuci, kau cerita plan-plan kat aku macam tu kau cakap tak ajak lagi tapi just nak bagi peluang. Tiada paksaan? Kau suruh aku buat loan. Kalau taknak kau suruh aku senaraikan nama-nama contact member aku, pastu kau suruh aku pinjam duit dengan diorang. Tak paksa lagi? Psyho bin bengap betul kau ini. 


Dan hakikatnya kalau nak berlawan dengan diorang ini memang membuang masa dan tidak ada faedah langsung. So, senang cerita kalau ubun tu dah rasa keras pandai-pandailah fikir sendiri. Dari kecik parent kau didik besar-besar jadi dajjal. Kesian aku tengok.


Terbaru hangat isu pasal gelang AC Mizal. Malas aku hendak huraikan hakikatnya pusing-pusing benda yang sama juga. Korang boleh baca pasal gelang emas di bawa belayar dari China dekat blog aididmuaddib lagi detail. Jangan la baca si Metro daily punya!




Superhero Goat-dam

Selepas siries Spiderman, Batman bahkan Avatar yang menggegar panggung akan muncul pula satu watak superhero terbaru Goat-dam

Goat-dam dengan kelebihan memanjat berani mati tanpa alat keselamatan di samping keadaan fizikal badan yang fleksibel serta elastik akan datang membantu penghuni-penghuni empangan. Perancangan terbaru kolaborasi dengan anggota Wonder Pets sedang di bincangkan. Apa yang penting? kerjasama. Nantikan!









Sayangilah Diri Kamu

Anorexia nervosa merupakan suatu penyakit yang di sebabkan masalah pemakanan untuk pengimbangi berat badan seseorang itu. Diet pemakanan yang tidak seimbang dan obsess akan takutnya untuk menambah berat membuatkan badan kurang zat yang di perlukan.
Resultnya, badan akan lesu dan kurus keding. Masalah mental yang serius ini boleh mengundang bahaya dan membawa maut jika di biarkan.
Selalunya wanita ataupun model yang ingin dillihat langsing menawan merupakan pelanggan tetap utama anorexia. Diet punya diet terlebih advance jadi la macam papan plywood. So, biar chubby sikit takpe seronok mata memandang. Kalau bagi Stone Cold Stunner dua tiga das macam gambar bawah ni mesti best bunyi dia kan. Dush! Dush!