Yahoo! Harga Minyak Naik


Dengan ini dengan setulus ikhlas seluhur murni hati, saya mengumumkan kenaikan harga petrol gred RON 97 sebanyak 5 sen kepada RM 2.15 seliter manakala gred RON 95 di jangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rakyat tidak perlulah risau di sebabkan majoriti rakyat negara ini menggunakan minyak gred RON 95.

Hakikatnya, bagi golongan yang berada, setakat 5 sen itu apalah sangat. Ibarat pergi beli McD di sedekahkan saja balance sen-sen kedalam tabung yang di sediakan di tepi kaunter.

Dan untuk rakyat yang secara amnya kenaikan ini membebankan, pasti ada ketidakpuasan hati dan provokasi-provokasi selepas ini.

Oleh itu, walau pelbagai konfrontasi yang timbul dan di wujudkan, kembali kepada realitinya mahu tidak mahu minyak perlu di isi. Penggunaan minyak tetap di teruskan. Kenderaan perlu di gerakkan.

Siapakah anda?

2 comments:

  1. RON 97 dah naik 2hari lepas sebanyak 15 sen seliter...yg diumumkan tadi ialah Ron95 yang naik 5 sen seliter...

    ReplyDelete
  2. Semua naik harga...tunggu beras pula akan naik harga lepas ni..

    ReplyDelete