Masalah Dunia Masalah Peribadi

Dunia - Kebanyakkan negara-negara di dunia takut akibat pendedahan maklumat atau data-data negara yang bersifat sulit untuk di dedahkan oleh pihak Wikileaks


Negara - Beberapa orang artis-artis di Malaysia gelabah tahap cipan di sebabkan pendedahan yang di buat oleh Aidib Muaddib 


Source : picture

Rokok!

Sudah bosan dengan pelbagai kempen-kempen, pelbagai risalah-risalah, pelbagai banner-banner, pelbagai signboard anti merokok mahupun no-smoking area sana sini. Menghabiskan duit beribu-ribu,berjuta-juta.

Tetapi pernahkah anda menghayati jiwa seseorang itu? Kenapa dan mengapa sesuatu di lakukan tanpa paksaan?

Bagi perokok-perokok tegar mungkin jokes di bawah ini pengubat duka di kala pelbagai kempen anti-merokok di jalankan. Pelbagai cara di lakukan untuk menghapuskan smoker's berdedikasi. Oleh kerana itulah pelbagai alasan juga diberikan. Jeng! jeng! jeng!

Bagi golongan yang pergi kerja pagi, balik malam. Balik malam terus tidur


Selalunya kepada budak-budak ofis yang sudah bosan asyik hari-hari terperuk dalam aircond je. Otak pon sudah beku. So, the way take time to relax


Ini untuk budak-budak yang tak habis sekolah. Alasan yang agak relevan bagi tahap matematik minor 50

Kepada golongan yang mementingkan 'kebahagiaan'




Yahoo! Harga Minyak Naik


Dengan ini dengan setulus ikhlas seluhur murni hati, saya mengumumkan kenaikan harga petrol gred RON 97 sebanyak 5 sen kepada RM 2.15 seliter manakala gred RON 95 di jangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rakyat tidak perlulah risau di sebabkan majoriti rakyat negara ini menggunakan minyak gred RON 95.

Hakikatnya, bagi golongan yang berada, setakat 5 sen itu apalah sangat. Ibarat pergi beli McD di sedekahkan saja balance sen-sen kedalam tabung yang di sediakan di tepi kaunter.

Dan untuk rakyat yang secara amnya kenaikan ini membebankan, pasti ada ketidakpuasan hati dan provokasi-provokasi selepas ini.

Oleh itu, walau pelbagai konfrontasi yang timbul dan di wujudkan, kembali kepada realitinya mahu tidak mahu minyak perlu di isi. Penggunaan minyak tetap di teruskan. Kenderaan perlu di gerakkan.

Siapakah anda?

Graffiti

Graffiti yang kreatif. Media memang banyak men'gencing'

Washable Mouse

Siapa yang suka makan snek sambil lepaking depan PC atau laptop? Dengan tangan berminyak dan mungkin mendatangkan masalah apabila mengendalikan mouse. Sebabnya majoriti ramai yang pemalas. Malas hendak pergi basuh tangan, malas hendak bangun dan malas untuk berjalan

Kepada spesis yang mementingkan pasal hygiene mungkin ini penyelesaiannya. Belkin Mouse F5L007-SCROLL yang bersifat boleh di basuh.

Dengan teknologi dan kendalian yang sama seperti mouse yang lain, cuma perbezaannya boleh di basuh dengan air dan sabun untuk menghilangkan daki-daki, kuman-kuman, kotoran mahupun cecair yang melekat di sebabkan anda. Mouse ini boleh di beli di amazon dengan harga USD 8.61 lebih kurang RM 27 saja.

Walaupun mouse ini sudah lama di keluarkan di negara luar tapi di Malaysia tidak pasti ada ke tak.


Magic Roundabout

Hampir kebanyakkan orang ramai kenali Putrajaya di mana terletaknya sebuah bandar yang tersusun dan di mana merupakan pusat operasinya pejabat-pejabat atau organisasi kerajaan.

Selain Masjid Putra yang menjadi kebanggaan dan lanskap yang indah, tahukah anda Putrajaya mempunyai roundabout yang terbesar di dunia. Sempoi! Malaysia boleh.


Tetapi tidak berapa adventure setakat bulatan saja besar. Ia juga tidak se-cool roundabout yang paling mengelirukan di dunia atau lebih di kenali sebagai Magic Roundabout di Swindon, UK.



Alangkah baiknya kepada sesiapa yang baru belajar memandu, jika anda lulus ujian di roundabout ini baru boleh dapat lesen. LOL!