Baru-baru ini TS Muhyiddin menyatakan ingin menjadikan Sejarah subjek syarat wajib lulus sepertimana subjek Bahasa Malaysia merupakan syarat untuk mendapatkan sijil SPM.
Cadangan yang diusulkan mungkin akan di laksanakan kalau ramai yang sokong dan sebaliknya berlaku. Sebabnya dari sejarahlah dapat memupuk semangat cintakan negara dan menghayati peranan dan tanggungjawab generasi muda untuk membina negara bangsa yang bersatupadu.
Persoalannya bagaimana hendak menyatukan rakyat kalau pemimpin sendiri pon berpecah-belah, pentingkan diri sendiri dan hanya melaksanakan sesuatu projek, cadangan semata-mata untuk kepentingan diri dan politik.
Cakap di mulut lain tapi di belakang banyak agenda tersembunyi. Semua sistem hendak di rombak kononya tidak relevan dengan pembangunan sekarang. Murid-murid jadi mangsa. Baru hendak belajar, sekejap tukar sana sekejap tukar sini. Pening!
Memang tidak di nafikan pendidikan merupakan salah satu proses pembentukan peribadi. Masalahnya, kalau dari kecil generasi sekarang di sogok dengan sejarah-sejarah yang salah, fakta-fakta yang di manipulasi, realiti yang di sembunyikan untuk kepentingan sesetengah pihak sahaja pentingkah sejarah itu untuk di pelajari untuk pembentukan negara bangsa yang berjaya?
Selepas ini mungkin subjek kemahiran hidup wajib lulus sebab sekolah teknik pon banyak sudah di down-grade ke vokasional.
No comments:
Post a Comment