Kerajaan Malaysia sekarang ini bercadang membina bangunan tertinggi di dunia-100 tingkat dengan perbelanjaan di anggarkan $ 1.6 billion (RM 5 billion). Najib kata inilah 'simbol pembangunan negara moden' tapi hakikatnya pelan ini menaikkan kemarahan orang ramai kerana membazir duit yang banyak kot.
Dengan masalah ekonomi sekarang, tidak cukup lagikah dengan menara tertinggi dunia sekarang ini yang sedia ada Menara Berkembar Petronas (KLCC). Baik ambil dana tersebut
up-graded sistem trafik sekarang. Kata hendak jadi negara maju tapi masuk KL sesak tidak beragak. Golongan miskin tegar masih banyak.
Pembinaan tersebut di cadangkan dibina di kawasan Kampung Baru, atas alasan tempat tersebut merupakan simbol pencapaian melayu di ibu kota.
WTF!
Dulu memang rakyat bantah pembinaan Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar KLCC, Litar Sepang, Putrajaya, Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) tapi sekurangnya sudah berjaya dan nampak hasilnya serta mengambil tempoh yang lama.
Bagaimana pula, dengan projek Mega yang di dalam perancangan dan pelaksanaan sekarang ini Wilayah Iskandar, Lebuhraya Pantai Barat, Projek Pembangunan Koridor Utara (NCER), Koridor Timur di bawah Wilayah Ekonomi (ECER), Penang Monorel, Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan lain-lain lagi yang masih memerlukan dana yang lebih. Tidak banyak sangatkah dalam suatu tempoh yang singkat?
Contohnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dulu pon kos pembinaan meningkat dan memerlukan berjuta-juta lagi tambahan dan akhirnya sudah macam di Palestin. Runtuh!
Tempoh 5 tahun tidak lama.
Wait & see!